Saling Bergantung Antara Organisma Hidup
Spesies, populasi, komuniti, habitat dan ekosistem
Ekologi (ecology) ialah kajian berkenaan hubungan antara
benda-benda hidup (living things) serta hubungan antara benda-benda
hidup dan persekitaran (environment).
Spesies (species) adalah kumpulan organisma yang mempunyai
ciri-ciri yang sama, serta boleh membiak di kalangan mereka bagi
menghasilkan keturunan.
Populasi / kependudukan (population) adalah kumpulan organisma
daripada spesies yang sama yang hidup di dalam habitat yang sama. Salah
satu contoh populasi adalah populasi belalang di sebuah padang.
Komuniti / masyarakat (community) terdiri daripada beberapa jenis
populasi bebas daripada organisma, yang hidup dan tinggal bersama-sama
dalam satu habitat. Sebagai contoh, komuniti sesebuah kolam (pond)
adalah terdiri daripada semua mikroorganisma, tumbuhan air dan haiwan
yang hidup di dalam kolam tersebut.
Habitat adalah tempat tinggal semulajadi sesuatu organisma.
Organisma mendapatkan makanan serta perlindungan dari segala apa yang ada dan terdapat di dalam habitat mereka.
Semua organisma yang hidup di dalam sesuatu habitat berinteraksi (interact) bagi mengekalkan keseimbangan (maintain balance) di dalam habitat tersebut.
Ekosistem (ecosystem) terdiri daripada satu organisma yang
berinteraksi dengan satu sama lain juga dengan benda yang bukan hidup
yang berada di sekitar mereka.
Keseimbangan persekitaran
Persekitaran organisma adalah termasuk semua faktor-faktor yang hidup dan bukan hidup yang mempengaruhi kehidupannya.
Organisma hidup adalah saling bergantung. Contoh saling bergantung antara hidupan adalah seperti berikut:
- Bekalan gas.- Manusia dan haiwan mendapatkan gas oksigen untuk pernafasan daripada tumbuh-tumbuhan hijau yang menjalankan fotosintesis.- Tumbuhan hijau mendapatkan gas karbon dioksida untuk fotosintesis daripada manusia dan haiwan apabila mereka bernafas.
- Sumber makanan.- Tumbuhan adalah sumber makanan yang utama bagi haiwan dan manusia.- Haiwan juga adalah sumber makanan kepada manusia dan haiwan-haiwan lain.
- Perlindungan.- Haiwan seperti monyet dan burung adalah saling bergantung untuk mendapat perlindungan (pokok).- Tumbuhan seperti pakis dan lumut juga bergantung pada tumbuhan lain atau pokok untuk menjadi tuan rumah.
Contoh saling bergantung antara benda hidup dan benda bukan hidup, adalah:
- Tumbuhan memerlukan cahaya matahari (sunlight) dan karbon dioksida untuk menjalankan fotosintesis (photosynthesis).
- Bumi (tanah), air dan mineral terlarut adalah diperlukan untuk tumbesaran tanaman.
- Manusia dan haiwan memerlukan oksigen untuk bernafas.
Satu ekosistem dikatakan seimbang jika ianya terdapat benda-benda hidup dan benda bukan hidup, yang sentiasa berkekalan.
Benda hidup dan benda bukan hidup berinteraksi antara satu sama lain bagi mengekalkan ekosistem yang seimbang.
Suatu ekosistem yang seimbang (balanced ecosystem) adalah juga bermakna suatu persekitaran yang seimbang (balanced environment).
Spesies ialah organisma yang mempunyai ciri-ciri dan rupa bentuk yang sama. Organisma ini boleh saling membiak menghasilkan anak.
Contoh : spesies katak
spesies yang sama
spesies yang berlainan
Populasi ialah sekumpulan organisma daripada spesies yang sama hidup dan membiak di kawasan yang sama. Contoh : populasi monyet
Komuniti ialah beberapa populasi haiwan dan tumbuhan yang hidup bersama-sama dan saling bersandaran antara satu sama lain.
Contoh : populasi bangau yang hidup bersama populasi gajah membentuk satu komuniti
Habitat merupakan tempat tinggal semula jadi bagi organisma. Ini adalah bagi tujuan mendapatkan makanan, perlindungan dan tempat pembiakan.
Ekosistem terdiri daripada beberapa komuniti yang saling bersandaran dan berinteraksi antara satu sama lain serta juga mempunyai hubungan dengan persekitarannya yang merangkumi benda bukan hidup seperti air, udara, tanah dan cahaya matahari.
Interaksi Antara Organisma Hidup : Mangsa-Pemangsa, Persaingan, Simbiosis, Komensalisme, Mutualisme, dan Parasitisme
Organisma berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai cara dan bagi pelbagai tujuan. Terdapat banyak interaksi atau hubungan antara organisma hidup, antaranya adalah mangsa-pemangsa, persaingan intraspesies, persaingan interspesies, simbiosis, komensalisme, mutualisme dan juga parasitisme. Jom kita kupas satu persatu.
1) Mangsa-Pemangsa
Ini adalah hubungan antara organisma yang memakan organisma lain dan juga organisma yang kena makan. Bagi organisma yang memakan organisma lain, kita sebut sebagai pemangsa, manakala organisma yang kena makan kita sebut sebagai mangsa.
Contoh hubungan ini adalah hubungan antara beruang dan ikan. beruang sebagai pemangsa dan ikan sebagai mangsa.
2) Persaingan
a) Persaingan Intraspesies
Hubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang sama.
Sebagai contohnya, hubungan antara rusa yang bersaing sesama spesies mereka sendiri dalam mendapatkan kawasan.
b) Persaingan Interspesies
Hubungan antara organisma yang bersaing untuk mendapatkan keperluan hidup sama (makanan, air, cahaya, tempat tinggal, pasangan) yang berlaku dalam spesies yang berlainan.
Contoh hubungan ini adalah hubungan interaksi antara dubuk dan juga singa ketika berebutkan makanan yang sama.
3) Simbiosis
Hubungan antara dua spesies yang berlainan yang hidup bersama. Ada yang mendapat faedah, dan ada yang mendapat kerugian.
a) Komensalisme
Komensalisme ialah interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah daripada organisma lain tanpa menjejaskannya.
Sebagai contohnya, ikan remora yang menumpang pada badan ikan yu. Ikan remora akan memperolehi perlindungan dan makanan, manakala ikan yu tidak mendapat apa-apa (faedah / kerugian)
b) Mutualisme
Mutualisme adalah interaksi antara dua organisma dengan kedua-duanya mendapat faedah.
Sebagai contohnya, hubungan antara kerbau dan burung gembala kerbau. Burung gembala kerbau dapat makanan dengan makan kutu yang ada pada badan kerbau. Manakala kerbau pula mendapat manfaat kerana tiada kutu yang menghisap darahnya.
c) Parasitisme
Parasitisme ialah hubungan interaksi antara dua organisma, dengan satu organisma mendapat faedah, manakala yang satu lagi mendapat kerugian.
Contohnya adalah cacing pita yang ada dalam badan manusia. Cacing pita ini akan memperoleh faedah kerana mendapat makanan percuma daripada manusia, tetapi manusia pula mendapat kerugian kerana zat makanan habis diserap oleh cacing tersebut.
kawalan biologi
Kawalan biologi adalah kaedah bagi mengawal populasi haiwan perosak dengan tanpa menggunakan racun serangga (bahan kimia). Kebiasaannya, interaksi mangsa-pemangsa digunakan sebagai kawalan biologi di Malaysia.
Sebagai contohnya, burung hantu dan ular digunakan untuk memburu dan memakan tikus di ladang kelapa sawit. Contoh lain adalah seperti memelihara ikan dalam kolam bagi memakan jentik-jentik.
Burung hantu dipelihara di ladang sawit untuk memakan tikus
Kumbang Ladybird memakan afit, perosak tumbuhan
Ikan guppy dipelihara dalam kolam untuk memakan jentik-jentik
Ular dipelihara di ladang sawit untuk menangkap tikus
Kebaikan Kawalan Biologi
a) Murah dan tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi
b) Selamat digunakan tiada kesan sampingan
c) Tidak mencemarkan alam sekitar
d) Tidak mendatangkan kesan buruk kepada organisma lain kecuali perosak
Keburukan Kawalan Biologi
a) Memerlukan masa yang lebih lama
b) Sukar dikawal kerana melibatkan organisma hidup
c) Perlu perancangan dan pengurusan yang lebih teliti
siratan makanan
Siratan Makanan
Siratan Makanan ialah gabungan daripada beberapa rantai makanan.
Rantai Makanan
Rantai makanan pula ialah terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai
Pengeluar
Pengeluar ialah tumbuhan hijau yang menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis
Pengguna
Pengguna ialah haiwan yang memakan tumbuhan dan haiwan lain. Terbahagi kepada 3 jenis iaitu Pengguna Primer, Pengguna Sekunder dan Pengguna Tertier.
a) Pengguna Primer
Pengguna Primer ialah pengguna yang memakan tumbuhan sahaja
b) Pengguna Sekunder
Pengguna sekunder ialah pengguna yang memakan pengguna primer
c) Pengguna Tertier
Pengguna tertier ialah pengguna yang memakan pengguna sekunder
Pengurai
Pengurai ialah organisma yang menguraikan bangkai haiwan dan tumbuhan yang mati kepada bahan-bahan yang ringkas yang boleh diguna semula oleh tumbuhan hijau.
fotosintesis
Fotosintesis ialah proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan makanan (dalam bentuk glukosa) dan oksigen dengan menggunakan karbon dioksida, air dan cahaya matahari.
*Klorofil adalah pigmen (pewarna) hijau yang dapat memerangkap cahaya matahari
Faktor-Faktor Yang Diperlukan Untuk Fotosintesis
1. Cahaya matahari
2. Klorofil
3. Air
4. Karbon Dioksida
Jom baca mengenai bagaimana Cikgu Hailmi dan pelajar-pelajar nya melakukan aktiviti menguji kehadiran kanji bagi membuktikan berlakunya fotosintesis dalam daun!
Kepentingan Fotosintesis
1. Fotosintesis membekalkan makanan kepada semua organisma
2. Fotosintesis terlibat secara langsung dalam kitar karbon dan kitar oksigen yang membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara
Kitar Karbon
Kitar karbon adalah kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara dengan mengambil karbon dioksida daripada udara dan mengembalikannya semula ke udara secara berterusan.
Kitar Oksigen
Kitar oksigen adalah kitar yang melibatkan pengambilan oksigen daripada udara dan pengembaliannya semula ke udara secara berterusan.
pemeliharaan dan pemuliharaan
Tahukah anda Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) meramalkan bahawa harimau akan pupus dalam masa 12 tahun lagi, jika tiada inisiatif pemuliharaan dilakukan dengan segera! Setelah kehilangan tiga subspesies harimau, iaitu spesies Bali, Jawa dan Caspian, kini hanya tinggal lebih kurang 3 200 ekor harimau daripada enam subspesies lain.
Justeru itu kita perlulah bersama-sama memastikan langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan dapat meneruskan kelangsungan hidup bagi semua haiwan-haiwan ini.
Pemuliharaan
Pemuliharaan bermaksud usaha memulihkan dan memelihara sumber alam semula jadi dengan bijak dan sistematik supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.
Pemeliharaan
Pemeliharaan pula bermaksud usaha mengekalkan keadaan asal sumber-sumber alam semula jadi daripada musnah.
Langkah-Langkah Pemuliharaan dan Pemeliharaan
1. Penguatkuasaan undang-undang
- menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar
- mengawal kegiatan pembalakan haram
- mencegah perdagangan haram haiwan dan tumbuhan
2. Hutan Simpanan
- memastikan tumbuhan dan haiwan di dalamnya tidak terancam
3. Tanam Semula
- menggantikan pokok yang telah ditebang
4. Pendidikan
- meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar dan persekitarannya
5. Pembalakan secara berpilih
- hanya menebang pokok yang matang
6. Santuari
- mewujudkan tempat perlindungan haiwan dan tumbuhan
7. Pusat pembiakan
- membiakkan haiwan yang hampir pupus
8. Kitar Semula
- menggunakan bahan seperti kertas
5 haiwan yang hampir pupus di malaysia
Bilangan haiwan-haiwan ini dikatakan semakin berkurang dengan sangat drastik sehingga ada juga dakwaan mengatakan bahawa sebahagian darinya sudah mengalami kepupusan. Berikut adalah 5 haiwan yang dikatakan tadi.
Black Shrew
Black Shrew (Tikus Hitam?) sangat jarang ditemui, hinggakan saiz sebenarnya tidak diketahui. Walaubagaimanapun, beberapa saksi yang pernah menemuinya mengatakan haiwan ini adalah dalam lingkungan 20 - 100mm. Satu spesimen ini pernah ditemui di Gunung Kinabalu, Sabah. Sehingga kini, tiada data statistik diperolehi bagi haiwan ini dan dikhuatiri telah pupus.Bilangan terkini di Malaysia : Mungkin sudah pupus!
Badak Sumatra
Badak Sumatra merupakan spesies badak yang paling kecil dengan berat dalam lingkungan 500 - 800 kg. Selalu ditemui di kawasan berpaya dan hutan hujan, badak ini menjadi rebutan pemburu yang inginkan tanduknya.Bilangan terkini di Malaysia: 300
Tapir Malayan
Tapir Malayan ini merupakan spesies tapir / cipan / tenuk / badak tampung yang paling besar berbanding 3 lagi spesies yang ada di dunia. Uniknya tapir ini kerana warna nya dengan tompokan putih dan hitam memudahkan nya untuk melakukan proses penyamaran. Oleh kerana kulitnya yang tebal dan kebolehan berlari dengan pantas, maka tapir ini jarang ditangkap oleh pemangsa lain, kecuali manusia!Bilangan terkini di Malaysia: 369
Kancil
Kancil merupakan haiwan bijak yang selalu muncul dalam kisah-kisah penglipurlara rakyat Malaysia. Dengan saiz nya yang sangat kecil, haiwan ini hanya memakan buah dan juga daun-daun. Boleh ditemui di Malaysia, Borneo dan Indonesia.Bilangan terkini di Malaysia : Tiada data, tetapi diklasifikasikan sebagai spesies dilindungi
Orang Utan
Secara asasnya terdapat 2 jenis orang utan, iaitu spesies Sumatra dan juga spesies Borneo. Orang utan merupakan haiwan yang bijak dan dikatakan hidupan kedua yang paling bijak di dunia selepas manusia. Namun jumlah nya kini semakin menurun yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan dan penebangan hutan.Bilangan terkini di dunia : Sumatra (7000) dan Borneo (45000 - 69000)
sumber : http://sabah-go-green.blogspot.com/2012/06/top-five-endangered-animals-in-malaysia.html
mengekalkan keseimbangan semula jadi
Kesan Aktiviti Manusia Terhadap Keseimbangan Alam
Aktiviti manusia telah menyebabkan timbulnya isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar, seperti kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon dan kejadian hujan asid.
Kepentingan Mengekalkan Ekosistem Yang Stabil, Produktif dan Seimbang
Manusia saling berkait rapat dengan ekosistem dan saling bersandaran dengan organisma hidup yang lain. Manusia memperoleh keperluan dan kesenangan hidup melalui pelbagai cara. Dalam memenuhi keperluan hidup, kadangkala manusia juga telah mengeksploitasi dan juga mengganggu ekosistem.
Jika semua ini tidak terkawal, tidak mustahil suatu hari nanti kita tidak akan dapat menikmati udara segar, makanan yang bersih, serta tempat tinggal yang selesa. Oleh itu manusia seharusnya menggelakkan kemusnahan terhadap hidupan liar, habitat dan sumber semula jadi.
cantek!!
ReplyDeleteaku hampir hampir nak kene rotan...mujur ade nota ni :3
samalah
Deletesamalah
Delete-..-
ReplyDeletesangat berguna! terima kasih!
ReplyDeletesangat berguna! terima kasih!
ReplyDeletethanks for the note
ReplyDeletethanks for the note
ReplyDeletepuihh thnxx nota nie aq hampir2 kene rejam ngan ustz x siap bende nie.....huhu
ReplyDeleteSangat baguss.nota yg sangat lengkap. Berguna untuk semua
ReplyDeleteSangat baguss.nota yg sangat lengkap. Berguna untuk semua
ReplyDeleteVery good notes and useful... Thanks a lot
ReplyDeleteTq
ReplyDelete