bab 9

stabiliti

Pusat Graviti Sebagai Titik Keseimbangan Objek

Titik keseimbangan (point of equilibrium) sesuatu objek adalah titik di mana keseluruhan berat objek bertindak untuk mengimbangi kedudukan objek tersebut.
Pusat graviti (centre of gravity) objek adalah titik keseimbangan sesuatu objek. Ini adalah kerana pada titik ini;
  • Objek akan disokong dalam keadaan keseimbangan.
  • Berat keseluruhan objek seolah-olah untuk bertumpu di titik ini.
Kedudukan pusat graviti bergantung kepada bentuk sesuatu objek (shape of the object).
Pusat graviti objek bagi berbentuk sekata atau simetri (symmetrical):
  • Terletak di tengah-tengah atau di titik simetri objek tersebut.
  • Boleh ditentukan dengan melukis garis pepenjuru atau garisan simetri.
  • Titik persilangan pepenjuru ialah pusat graviti objek tersebut.
Pusat graviti bagi objek berbentuk sekata.
Pusat graviti bagi objek yang berbentuk tidak sekata (irregular-shaped):
  • Boleh ditentukan dengan menggunakan bandul.
  • Pusat graviti bagi objek tidak sekata adalah pada titik persilangan, titik pergantungan objek tersebut (titik persilangan beberapa garisan menegak yang terbentuk apabila tali pemberat/ladung bandul digantung bebas).
Pusat graviti bagi objek berbentuk tidak sekata.
Pusat graviti bagi objek sekata juga boleh ditentukan dengan menggunakan kaedah yang sama seperti yang digunakan pada objek yang tidak sekata.
Pusat graviti bagi objek tidak sekata mungkin terletak di dalam atau di luar objek tersebut. Sebagai contoh, objek yang berbentuk L.
Pusat graviti bagi objek berbentuk L.
Suatu objek dapat diimbangkan pada satu titik yang disebut pusat graviti. Pusat graviti juga disebut titik keseimbangan objek. Kedudukan pusat graviti sesuatu objek bergantung kepada bentuk objek. Bagi objek berbentuk sekata, pusat gravitinya terletak di tengah objek. Manakala bagi objek yang tidak sekata pula, pusat graviti nya terletak di luar objek.


Pusat graviti adalah satu titik di mana seluruh berat objek dapat diseimbangkan.


Faktor yang mempengaruhi kestabilan
Sesuatu objek juga dikatakan stabil, apabila objek tersebut sukar untuk tumbang. Selain daripada pusat graviti, luas tapak juga boleh mempengaruhi kestabilan sesuatu objek.


1) Pusat Graviti
Semakin rendah pusat graviti, semakin stabil sesuatu objek

2) Luas Tapak
Semakin luas tapak sesuatu objek, semakin stabil objek tersebut

Semua benda hidup perlu mencapai kestabilan untuk menjalani proses hidup. Bagi mempunyai badan yang stabil, hidupan tersebut perlu mempunyai pusat graviti yang rendah dan tapak yang luas. Begitu juga halnya dengan objek lain. Penggunaan objek yang tidak stabil boleh menyebabkan kemalangan dan kerugian harta benda. Oleh itu, kestabilan merupakan faktor penting yang perlu diambilkira apabila kita mereka cipta sesuatu objek.

Jom kita tengok beberapa hidupan dan objek yang mengaplikasikan konsep kestabilan dalam kehidupan mereka.


Badak STABIL kerana mempunyai pusat graviti yang rendah dan badan yang berat


Zirafah mengangkangkan kakinya bagi mendapatkan luas tapak yang lebih besar ketika minum supaya lebih stabil


Basikal tiga tayar ini STABIL kerana mempunyai luas tapak yang besar


Kereta lumba ini STABIL kerana mempunyai pusat graviti yang rendah


kipas meja stabil kerana tapak yang luas dan berat

5 comments: