bab 3

BIODIVERSITI

Kepelbagaian Biologi

Kepelbagai organisma di Bumi ini adalah juga dikenali sebagai kepelbagaian biologi (biodiversity or biological diversity).
Kepelbagai organisma tersebut boleh diklasifikasikan menggunakan kaedah-kaedah pengelasan (classification method) yang sesuai.
Pengkelasan (classification) organisma hidup
Satu sistem klasifikasi diperlukan bagi mengkelaskan hidupan (living things) secara teratur kerana bilangan mereka yang besar serta pelbagai jenis.
Walaupun mereka memiliki ciri-ciri umum yang biasa (common general characteristics), organisma daripada spesis yang sama masih mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh membezakan mereka daripada spesis yang lain.
Klasifikasi (classification) adalah penting untuk membolehkan kajian saintifik yang lebih mendalam dijalankan bagi peningkatan (improvement) sesuatu spesis itu.

 

Pengkelasan Haiwan

Kumpulan haiwan boleh dikelaskan (classified) mengikut persamaan dalam ciri-ciri, sifat dan struktur.
Ciri-ciri yang biasa adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh dua atau lebih jenis spesis.
Ciri-ciri biasa pada haiwan adalah termasuk kaedah pembiakan, jenis makanan yang diambil, habitat dan ciri-ciri fizikal.
Pengkelasan haiwan mengikut ciri-ciri biasa (common characteristics):
Ciri-ciri haiwan
Contoh
Hidup di dalam air
Ketam, ikan, udang, tiram, sotong, kerang, obor-obor.
Hidup di atas darat
Anjing, ayam, kucing, tupai, tikus, gajah,rusa, harimau.
Hidup di dalam air dan di atas darat
Buaya, katak, penyu, singa laut, memerang.
Membiak dengan bertelur
Ayam, ikan, burung, ketam, itik, angsa, lipas.
Membiak dengan melahirkan anak
Ikan paus, ikan lumba-lumba, landak, tenggiling, kelawar, arnab, lembu.
Herbivor
Arnab, lembu, kambing, zirafah, tupai, siput, belalang.
Karnivor
Singa, harimau, ikan piranha, labah-labah, buaya, ular, katak.
Omnivor
Ayam, itik, kucing, lipas, tikus, beruang.
Badan berbulu rambut
Kucing, anjing, lembu, beruang, kelawar.
Badan berbulu pelepah
Burung, ayam, itik.
Badan bersisik
Ikan, tenggiling, cicak, ular.
Haiwan boleh dibahagikan kepada 2 kategori:
  1. Vertebrata (vertebrates)
  2. Invertebrata (invertebrates)

Perbezaan (differences) antara haiwan vertebrata dan invertebrata adalah seperti berikut:
Aspek
Vertebrata
Invertebrata
Tulang belakang
Mempunyai tulang belakang.
Tidak mempunyai tulang belakang.
Sokongan badan
Sokongan utama adalah rangka dalaman (endoskeleton) yang terdiri daripada tulang.
Sokongan utama adalah exoskeleton (seperti kulit keras) dan tekanan cecair/bendalir.

Pengelasan Haiwan: Vertebrata dan Invertebrata

Sistem pengelasan haiwan dimulakan dengan mengenalpasti sama ada haiwan tersebut mempunyai tulang belakang atau pun tidak.Haiwan yang bertulang belakang dipanggil sebagai VERTEBRATA, manakala haiwan yang tidak bertulang belakang pula dipanggil sebagai INVERTEBRATA.

Haiwan verterbrata mempunyai tulang belakang

Mempunyai tulang belakang
Sistem sokongan badan jenis endoskeleton (dalaman)
Kebanyakkannya jenis haiwan besar


pengelasan haiwan bertulang belakang ataupun lebih dikenali sebagai vertebrata, dikelaskan kepada 5 kumpulan yang berbeza mengikut beberapa ciri iaitu kelas ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia



Antara beberapa ciri yang dipertimbangkan untuk pengelasan adalah beranak/ bertelur, berdarah panas/ berdarah sejuk, penggunaan insang/ paru-paru untuk bernafas dan beberapa ciri-ciri fizikal lain yang membezakan mereka antara satu sama lain.

Verterbrata ikan

IKAN
Tinggal di dalam air
Badan diliputi sisik yang berlendir
Mempunyai sirip, ekor dan badan aerdinamik untuk berenang
Bernafas melalui insang
Berdarah sejuk
Bertelur

Verterbrata amfibia
AMFIBIA
Tinggal di darat dan air
Badan diliputi kulit lembap
Bernafas melalui peparu dan kulit lembap
Berdarah sejuk
Bertelur 
Verterbrata reptilia
 REPTILIA
Hidup di darat dan air
Badan diliput kulit kering yang bersisik
Mempunyai gigi tajam dan tiada cuping telinga
Bernafas melalui paru-paru
Berdarah sejuk
Bertelur
Verterbrata burung
 BURUNG
Hidup di darat
Badan diliputi bulu pelepah
Bernafas melalui peparu
Mempunyai paruh tanpa gigi
Berdarah panas
Bertelur
Verterbrata mamalia
 MAMALIA
Tinggal di darat kecuali ikan paus dan lumba-lumba
Badan diliputi rambut atau bulu
Bernafas melalui peparu
Berdarah panas
Beranak 

Vertebrata

Vertebrata (vertebrates) boleh dibahagikan kepada lima (05) kumpulan, iaitu:
  1. Ikan (fish)
  2. Amfibia (amphibians)
  3. Reptilia (reptiles)
  4. Burung (birds)
  5. Mamalia (mammals)
Ciri-ciri vertebrata adalah seperti berikut:
Ikan
  • Hidup dalam air tawar atau laut.
  • Badan ditutup dengan sisik dan sirip berlendir (slimy scales and fins).
  • Sirip gunakan untuk berenang dan mengimbangi badan.
  • Badan berbentuk torpedo (aerodinamik) untuk mengurangkan rintangan air.
  • Bernafas melalui insang (gill).
  • Berdarah sejuk (poikilothermic). Suhu badan berubah mengikut suhu persekitaran.
  • Bertelur (lay eggs). Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk persenyawaan.
  • Persenyawaan (fertilisation) berlaku di luar badan, dimana sperma dan telur bersatu di luar badan ikan betina.
  • Mempunyai garis deria (sensory line) untuk mengesan rangsangan luar (external stimuli).
  • Terdapat beberapa ikan jenis terdiri dari tulang rawan (cartilaginous) seperti jerung.
  • Sesetengah ikan mempunyai beg udara dalam badan untuk lebih mudah terapung.

Amfibia
  • Boleh hidup di atas darat dan di dalam air.
  • Mempunyai kulit yang lembap (moist) dan terdedah yang berfungsi sebagai organ pernafasan tambahan kerana gas meresap dengan mudah ke dalam sel-sel badan.
  • Berdarah sejuk (poikilothermic).
  • Bertelur. Bertelur dengan banyak bagi meningkatkan peluang untuk persenyawaan.
  • Persenyawaan berlaku di luar badan.
  • Berudu (tadpoles) bernafas melalui insang dan hidup dalam air manakala katak dewasa tinggal di atas tanah dan nafas melalui paru-paru serta kulit lembap (moist skin).
  • Mempunyai selaput renang pada kaki untuk membantunya berenang.
  • Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.
  • Contoh: katak, kodok, salamander, cicak.

Reptilia
  • Mempunyai kulit yang kering dan bersisik (dry and scaly skin).
  • Sisik melindungi badan reptilia.
  • Bertelur.
  • Persenyawaan berlaku dalam badan reptilia betina, dimana sperma dan telur bersatu di dalam badan reptilia betina.
  • Berdarah sejuk (poikilothermic).
  • Kebanyakannya mempunyai dua pasang kaki, kecuali ular.
  • Bernafas melalui paru-paru (lungs).
  • Mempunyai satu jenis gigi sahaja.
  • Giginya tajam dan berbentuk kon.
  • Tidak mempunyai telinga luar/cuping telinga.
  • Contoh: buaya, kura-kura, penyu, cicak, ular.

Burung
  • Tinggal di atas darat.
  • Badannya dilindungi oleh bulu pelepah (feathers).
  • Bulu pelepahnya adalah kalis air serta boleh memerangkap haba.
  • Mempunyai sepasang sayap yang boleh laras, dari depan badan. Sayap membolehkannya terbang.
  • Sesetengah burung boleh berenang, seperti itik dan penguin.
  • Bertelur. Telurnya mempunyai cengkerang keras (hard shell).
  • Persenyawaan berlaku di dalam badan.
  • Berdarah panas (homoiothermic). Suhu badan kekal/tetap serta tidak berubah mengikut suhu persekitaran.
  • Bernafas melalui paru-paru.
  • Tidak mempunyai gigi, tetapi menggunakan paruh (beak) untuk mematuk (peck) makanan.
  • Mempunyai kaki bersisik keras serta kuku tajam.
  • Badannya berbentuk aerodinamik untuk mengurangkan rintangan udara semasa terbang.
  • Contoh: burung kiwi, burung merpati, burung helang, burung kakak tua, burung penguin.

Mamalia
  • Kebanyakkannya tinggal di atas darat, kecuali ikan paus dan ikan lumba-lumba yang tinggal di dalam air.
  • Badan diliputi dengan rambut (hair) dan bulu (fur).
  • Kulitnya mempunyai kelenjar peluh (sweat glands).
  • Mempunyai cuping telinga.
  • Berdarah panas.
  • Mamalia betina mempunyai kelenjar susu bagi menyediakan susu untuk anaknya.
  • Persenyawaan berlaku di dalam badan.
  • Melahirkan anak dari rahim mamalia betina, kecuali platypus yang bertelur.
  • Bernafas melalui paru-paru.
  • Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk gigi untuk fungsi yang khusus dan berbeza.
  • Contoh: manusia, monyet, arnab, anjing, lembu, zirafah, ikan paus, kelawar.
  • Beberapa jenis mamalia menunjukkan ciri-ciri yang luar biasa. Contohnya, kelawar mempunyai sepasang sayap, landak mempunyai bulu berduri, platypus bertelur serta mempunyai paruh seperti itik.
Haiwan inverterbrata tidak mempunyai tulang belakang
 INVERTEBRATA
Tidak mempunyai tulang belakang
Sistem sokongan badan jenis eksoskeleton (luaran)
Kebanyakkannya jenis haiwan kecil
 
Pengelasan tumbuhan dibahagikan kepada 2, iaitu tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga. Bagi tumbuhan yang berbunga, ia mampu menghasilkan bunga yang juga mengandugi organ pembiakan. Bunga akan berkembang menjadi buah dan biji benih bagi tujuan pembiakan semula.

Tumbuhan berbunga dibahagikan kepada tumbuhan monokotiledon dan tumbuhan dikotiledon.



Pengelasan Tumbuhan Berbunga Monokotiledon
Satu kotiledon
Daun berurat selari
Akar berserabut
Batang lembut dan tidak berkayu


Pengelasan tumbuhan berbunga dikotiledon
Dua kotiledon
Daun berurat jejala
Akar tunjang
Batang keras dan berkayu


Pengelasan Tumbuhan Tidak Berbunga

 

Pengelasan tumbuhan dibahagikan kepada 2, iaitu tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga. Bagi tumbuhan yang tidak berbunga, ianya terbahagi pula kepada 4, iaitu lumut, alga, konifer dan paku pakis.


 



 

13 comments: