bab 8

sokongan dan gerakan

Sistem Sokongan Haiwan

Pelbagai sistem sokongan
Manusia dan haiwan mempunyai sistem sokongan mereka yang unik.
Sistem sokongan yang baik membolehkan sesuatu organisma itu untuk bergerak dengan lebih lancar dan cekap (efficiently).
Sistem sokongan pada manusia dan haiwan terdiri daripada tisu rangka (skeletal tissue) yang diperbuat daripada bahan-bahan seperti kalsium (calcium).
Rangka (skeleton) adalah suatu struktur yang keras dan kekal dalam haiwan multisel. Sistem rangka (skeletal system) bertindak sebagai sistem sokongan yang penting kepada haiwan.
Sistem sokongan terbahagi kepada tiga jenis:
  1. Endoskeleton.
  2. Eksoskeleton (exoskeleton).
  3. Rangka hidrostatik (hydrostatic skeleton).
Endoskeleton
Endoskeleton ialah struktur sokongan yang berada di dalam badan vertebrata (vertebrates).
Fungsi endoskeleton adalah:
  • Menyokong berat badan.
  • Memberikan bentuk kepada badan.
  • Melindungi organ dalaman badan.
  • Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot.
  • Bekerjasama dengan otot untuk membenarkan pergerakan badan.
Ikan - Vertebrata yang memiliki endoskeleton.
Eksoskeleton
Eksoskeleton ialah struktur keras yang meliputi bahagian luar badan haiwan invertebrata (invertebrates).
Fungsi eksoskeleton adalah:
  • Menyokong dan memberikan bentuk kepada haiwan.
  • Melindungi tisu badan yang lembut daripada kecederaan.
  • Mengelakkan badan daripada kekeringan.
  • Menyediakan permukaan untuk pelekatan otot dan membenarkan pergerakan.
Semut - Invertebrata yang memiliki eksoskeleton.
Rangka hidrostatik
Rangka hidrostatik mengandungi cecair yang disimpan di bawah tekanan, di dalam rongga badan yang tertutup haiwan invertebrata.
Fungsi rangka hidrostatik adalah:
  • Mengekalkan dan mengawal bentuk badan.
  • Membenarkan pergerakan.
Obor-obor - Invertebrata yang memiliki rangka hidrostatik.
Sistem sokongan amat penting dalam memberi sokongan tambahan kepada benda hidup. Sokongan yang ada membenarkan untuk badan membuat pergerakan dan juga menyokong berat badan. Selain daripada itu, sistem sokongan juga penting dalam melindungi bahagian dalam badan seperti organ-organ yang lembut.



ENDOSKELETON
(Rangka Dalam)

a) Terdiri daripada tulang atau rawan
b) Berfungsi untuk:
- menyokong berat badan
- melindungi organ lembut
- mengekalkan bentuk badan
- menghasilkan sel darah


EKSOSKELETON
(Rangka Luar)
a) Terdiri daripada lapisan keras dan kitin berlilin, juga cangkerang
b) Kalis air dan menghalang kehilangan air
c) Berfungsi untuk:
- mengekalkan kesegahan dan bentuk badan
- membenarkan pergerakan badan
- melindungi organ dalaman


RANGKA HIDROSTATIK
a) ditemui dalam badan lembut invertebrata
b) diperbuat daripada rongga badan yang dipenuhi dengan bendalir dan dikawal oleh otot
c) berfungsi untuk:
- mengekalkan bentuk badan dan kesegahan
- menyokong tisu lembut
- melindungi organ dalam yang lembut

Bagi tumbuhan pula terdapat lebih banyak struktur yang membantu untuk memberikan sokongan kepada tumbuhan tersebut. Untuk tumbuhan di darat, struktur seperti akar banir (buttress roots), akar sokong (prop roots), akar jangkang (stilt roots), akar mencengkam (clasping roots), akar aerial (aerial roots). Selain daripada akar, batang dan struktur tambahan lain pada tumbuhan juga boleh menyokong tumbuhan untuk hidup. Sebagai contohnya, sulur paut (tendrils), batang berlilit (twining stem), duri (thorn dan prickles). Manakala bagi tumbuhan akuatik, sokongan pada tumbuhan adalah dalam bentuk kantung udara (air sacs) dan juga kesegahan sel (cell turgidity).

akar banir


akar sokong


akar jangkang


akar mencengkam




akar aerial








batang berlilit








salur paut








duri






kesegahan sel








kantung udara





Mengapakah sistem sokongan sangat penting kepada semua hidupan di dunia ini? 

Ini kerana dengan adanya sistem sokongan, badan kita dapat bergerak dan dapat melakukan aktiviti seharian dengan baik dan lebih sempurna. Ikan paus yang terdampar di tepi pantai tidak berupaya untuk bergerak balik ke laut kerana kehilangan sokongan daripada air. 




Orang tempang terpaksa menggunakan tongkat ketiak bagi membantu mereka berjalan dengan lebih baik.


Orang tua memerlukan bantuan daripada alatan untuk bertindak sebagai sistem sokongan mereka
 
  
Ikan yu yang terdampar di tepi pantai ini tidak dapat kembali ke laut kerana hilang sokongan apungan daripada air



Amalkan nilai murni dengan membantu mereka yang kesusahan dan memerlukan bantuan. Semoga kita dirahmati!

6 comments: